Tuesday, December 23, 2008
Apa la....
Lama betul aku tak memblog ni. Sibuk dengan segala perubahan mendadak yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni. Itu akan aku ceritakan kemudian.
Cuma, aku rasa sikit 'syiok' la pasal blog aku ada orang baca dan beri komen. Walaupun tak kenal pasal tidak ada nama, tapi aku mengucapkan ribuan juta terima kasih. Semoga orang itu akan terus membaca blog aku di kala ada peluang.
Insyaallah, aku akan terus memblog kerana minat aku pada sebarang bentuk penulisan.
Terlalu banyak untuk aku kongsi....
Jumpa lagi.
Sunday, September 28, 2008
Ramadhan....
Alhamdulillah berjumpa lagi kita dalam blog ini.
Aku tak sempat menulis ketika menyambut kedatangan Ramadhan. Syukur kerana diberi sekali lagi peluang oleh Allah s.w.t ke atas aku kerana dapat lagi merasa Ramadhan tahun 2008 ini. Sekelip mata sahaja kita berjumpa bulan keberkatan ini selepas melaluinya tahun lepas.
Aku akui, aku 'rindu' akan bulan Ramadhan. Makin dekat kedatangannya makin tak sabar rasanya. Nah, Ramadhan sudah ke penghujungnya. Tinggal 2 hari lagi ketika blog ini ditulis. Memang tak cukup amalan aku. Rasanya, biarlah Ramadhan ini sepanjang tahun. Aku masih belum puas di dalam bulan keampunan ini. Masih belum puas! Keseronokan dan kebahagiannya tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain.
Aku tertanya juga, apakah aku akan berjumpa lagi Ramadhan akan datang?
Banyak perkara yang aku lihat dan lalui sepanjang bulan ini.
Aku nak tekankan majlis buffet berbuka puasa di resort-resort dan hotel-hotel. Aku banyak menghadiri majlis seperti ini dan syukur kepada-Nya kerana limpahan rezeki-Nya melimpah-ruah. Aku tertanya, apakah berbaloi jumlah yang aku makan dengan nilai wang yang dibelanjakan? Sehingga kebanyakkan yang lihat, makanan yang diambil tidak habis dimakan. Alangkah membazirnya. Tidak terfikirkah kita dengan nasib mereka yang kurang baiknya di luar sana? Entahlah, moga terfikir aku itu membuatkan aku menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.
Tahun ini 2008, adalah tahun terakhir aku berpuasa dan menyambut Syawal sebagai seorang bujang. Tahun depan aku akan dimiliki orang. Macam mana rasanya ye? Seronok ke?
Aku berharap dan berdoa agar dapat dipertemukan lagi Ramadhan pada tahun depan...insyaallah.
Di kesemp atan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
Saturday, August 30, 2008
Monday, August 25, 2008
Sesekali teringat....
Kita dan Kucing…Suatu Kisah
Kebanyakkan daripada kita suka kucing. Malah ada yang pelihara berekor-ekor kucing seperti emak aku. Dia sangat sayang kucing-kucing kat rumah aku. Mewah jugak kucing-kucing kat rumah aku. Ikan kembong goreng, friskis dan susu.
Dak Tot I, Dak Tot II, Tuah, Mewah, Kaya, Manis, Bujang, Musang, Gabak, Meri, Pitung...sekadar menyebut beberapa nama.
Yang paling emak aku suka dan sayang....Dak Tot I , Tuah dan Pitung. Dak Tot I tu dah mati. Sakit. Emak aku cerita, waktu subuh Dak Tot akan gigit-gigit jari tangan dan kaki emak suruh bangun. Kalau tak bangun jugak, dia kucing ini akan membuat bising. Tidak pernah kencing atau berak di dalam rumah. Kalau emak menyiang ikan, kucing ini akan hanya di tepi, tak menggangu langsung.
Aku suka kucing tapi tak sampai tahap seperti emak aku.
Aku terbaca satu kisah zaman dulu tentang orang alim yang memberi nasihat kepada sahabatnya berkaitan kucing. Lebih kurang begini:-
”Kita semua sayang kucing. Kita bagi kucing-kucing tu makan yang baik-baik dan tempat tidur yang selesa. Tapi kita akan marah kalau kucing-kucing itu membuat kotor. Macam itu kita dengan Allah. Terlalu banyak nikmat dan rezeki yang Dia bagi pada kita tapi kita masih berbuat engkar. Adakah Allah tidak murka?”
Bila aku terbaca nasihat ini, memang aku terasa. Terlalu banyak salah dan dosa aku. Ketika Allah memberi aku pelbagai rezeki dan nikmat, aku masih lalai dan lupa tanggungjawab kepada-Nya......
Thursday, August 14, 2008
Wednesday, May 7, 2008
Tuesday, May 6, 2008
Apa lah nasib...
Monday, May 5, 2008
Kehebatan wanita.....
Ini jenis manusia yang lahir dari tulang rusuk lelaki. Sama ada pati tulang rusuk atau tulang betul aku tidak pasti. Aku pernah mengira tulang rusuk lelaki kanan dan kiri, bilangannya sama. Jadi, mana datangnya dikatakan perempuan itu dari rusuk lelaki? Adakah itu hanya perumpamaan sahaja? Dikatakan orang, penciptaan dari tulang rusuk itu sebagai makna ia dekat di hati, bukan dari kepala untuk memijak atau dari kaki untuk dipijak.
Kuasa perempuan di atas muka bumi ini amat hebat. Walaupun kuasa itu tidak kelihatan tetapi ia terletak di belakang kekuasaan lelaki. Kuasa ini yang menyokong ‘kuasa’ lelaki tadi. Kita biasa didengarkan dengan sirah Rasullah s.a.w ketika Baginda menerima wahyu pertama dari Allah. Kisah Baginda s.a.w menghadapi cabaran hebat di awal dakwah Baginda dan bagaimana isteri Baginda, Siti Khadijah r.a terus berada dan menyokong sepenuh hati. Ini kisah yang wajib jadikan tauladan.
Tanggungjawab perempuan amat besar di atas muka bumi ini seperti mana lelaki. Walaupun dilihat hanya sokongan kepada lelaki tetapi tanpanya lelaki pasti tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang.
Pada perempuan yang solehah itu adanya ketenteraman bagi lelaki. Lelaki tidak mudah membicarakan segala masalah atau beban di kepala. Mereka lebih suka simpan sendiri.
Kawan-kawan aku yang berkahwin membenarkan perkara ini. Jika di pejabat, kepala mereka berserabut, tetapi apabila melihat wajah isteri dengan senyuman manis ketika sampai di rumah dan mendengar keletah anak-anak (jika ada), akan hilang semua beban tadi. Itu apa yang mereka khabarkan pada aku kerana aku belum punya pengalaman sebegitu. Hebatkan?
Akan tetapi, keadaan akan menjadi terbalik apabila isteri masam mencuka, menyerang tak tentu hala, menyoal bertubi-tubi dengan syak wasangka tidak mengira tempat. Banyak kisah berlaku di sekeliling kita berkenaan perkara ini. Rajin-rajinlah mendengar dan melihat. Tetapi jangan sesekali mengumpat akan keburukan seseorang kerana ia pasti akan berbalik kepada kita.
Perempuan memang memeningkan. Unpredictable. Ditakdirkan emosi perempuan memang begitu. Tidak ada mana-mana lelaki zaman ini yang boleh mengaku dia begitu memahami pasangannya. Kalau dia mengaku, maka aku yakin dia berbohong. Pasal aku juga mengalami masalah yang sama. Kadang-kadang memang tertekan kerana dengan tiada apa-apa sebab, haluan angin berubah.
Tetapi tanpa kehadiran seorang perempuan dalam kehidupan seorang lelaki, maka tidak lengkap dia sebagai seorang lelaki.
Perempuan memang mempunyai kuasa mistik yang sukar diterjemahkan.
Bagi aku, perempuan yang baik akan menjadi teman yang paling setia bagi pasangannya. Itu akan dibalas juga dengan kebaikan oleh pasangan perempuan tadi. Kita boleh melihatnya di mana-mana dan ini memang terbukti. Hanya lelaki bodoh yang meminggirkan perempuan yang terbukti setia kepadanya.
Kehebatan dan kasih sayang seorang perempuan kepada lelakinya, akan membawa lelaki itu ke arah kejayaan hidup pada masa-masa akan datang.
"Pada perempuan itu racun. Pada perempuan juga penawarnya."