Sunday, September 28, 2008

Ramadhan....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah berjumpa lagi kita dalam blog ini.

Aku tak sempat menulis ketika menyambut kedatangan Ramadhan. Syukur kerana diberi sekali lagi peluang oleh Allah s.w.t ke atas aku kerana dapat lagi merasa Ramadhan tahun 2008 ini. Sekelip mata sahaja kita berjumpa bulan keberkatan ini selepas melaluinya tahun lepas.

Aku akui, aku 'rindu' akan bulan Ramadhan. Makin dekat kedatangannya makin tak sabar rasanya. Nah, Ramadhan sudah ke penghujungnya. Tinggal 2 hari lagi ketika blog ini ditulis. Memang tak cukup amalan aku. Rasanya, biarlah Ramadhan ini sepanjang tahun. Aku masih belum puas di dalam bulan keampunan ini. Masih belum puas! Keseronokan dan kebahagiannya tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain.

Aku tertanya juga, apakah aku akan berjumpa lagi Ramadhan akan datang?

Banyak perkara yang aku lihat dan lalui sepanjang bulan ini.

Aku nak tekankan majlis buffet berbuka puasa di resort-resort dan hotel-hotel. Aku banyak menghadiri majlis seperti ini dan syukur kepada-Nya kerana limpahan rezeki-Nya melimpah-ruah. Aku tertanya, apakah berbaloi jumlah yang aku makan dengan nilai wang yang dibelanjakan? Sehingga kebanyakkan yang lihat, makanan yang diambil tidak habis dimakan. Alangkah membazirnya. Tidak terfikirkah kita dengan nasib mereka yang kurang baiknya di luar sana? Entahlah, moga terfikir aku itu membuatkan aku menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.

Tahun ini 2008, adalah tahun terakhir aku berpuasa dan menyambut Syawal sebagai seorang bujang. Tahun depan aku akan dimiliki orang. Macam mana rasanya ye? Seronok ke?

Tahun depan dah sambut berdua.

Aku berharap dan berdoa agar dapat dipertemukan lagi Ramadhan pada tahun depan...insyaallah.

Di kesemp atan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

1 comment:

Anonymous said...

Saya pun rasa Ramadhan datang sekejap sangat..hari demi hari berlalu tanpa kita sedari.Saya sendiri pun selalu terfikir adakah tahun2 yang akan datang saya dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan rahmat..apa shaja yang saya buat saya akan terfikir mana tau ini tahun terakhir saya sedangkan masih banyak dosa dan kelemahan..

Tahniah sebab tak lama lgi akan menjadi suami orang.Besar tjawab lepas ni kan..hidup berumahtangga ni indah, sgt indah sebab kita bersama dgn org yang kita sayang tapi dugaannya banyak..terlalu byk..orang selalu kata banyakkan bersabar tapi kita manusia kan..sabar tu ada batas dan tahapnya.Bila terlalu bersabar orang akan pijak kepala kita..mungkin dia fikir kita lemah sebab kita terlalu bersabar.Macammane tu..Apa pun ' Dakwan' sebagai lelaki memang kene sentiasa bersabar.Pendek kata..sabar..sabar..dan sabar..perempuan mmg banyak karenah, memeningkan kepala dan susah untuk d tafsir..tapi dialah yang akan menjadi penawar segala masalah untuk lelaki..Tunang Dakwan bertuah sangat sebab ada orang yang menjadikan dia sumber ilham..dan dalam ramai2 wanita dia menjadi pilihan..sesuatu yang semua wanita harapkan.

Apa pun semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.