Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah berjumpa lagi kita dalam blog ini.
Aku tak sempat menulis ketika menyambut kedatangan Ramadhan. Syukur kerana diberi sekali lagi peluang oleh Allah s.w.t ke atas aku kerana dapat lagi merasa Ramadhan tahun 2008 ini. Sekelip mata sahaja kita berjumpa bulan keberkatan ini selepas melaluinya tahun lepas.
Aku akui, aku 'rindu' akan bulan Ramadhan. Makin dekat kedatangannya makin tak sabar rasanya. Nah, Ramadhan sudah ke penghujungnya. Tinggal 2 hari lagi ketika blog ini ditulis. Memang tak cukup amalan aku. Rasanya, biarlah Ramadhan ini sepanjang tahun. Aku masih belum puas di dalam bulan keampunan ini. Masih belum puas! Keseronokan dan kebahagiannya tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain.
Aku tertanya juga, apakah aku akan berjumpa lagi Ramadhan akan datang?
Banyak perkara yang aku lihat dan lalui sepanjang bulan ini.
Aku nak tekankan majlis buffet berbuka puasa di resort-resort dan hotel-hotel. Aku banyak menghadiri majlis seperti ini dan syukur kepada-Nya kerana limpahan rezeki-Nya melimpah-ruah. Aku tertanya, apakah berbaloi jumlah yang aku makan dengan nilai wang yang dibelanjakan? Sehingga kebanyakkan yang lihat, makanan yang diambil tidak habis dimakan. Alangkah membazirnya. Tidak terfikirkah kita dengan nasib mereka yang kurang baiknya di luar sana? Entahlah, moga terfikir aku itu membuatkan aku menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.
Tahun ini 2008, adalah tahun terakhir aku berpuasa dan menyambut Syawal sebagai seorang bujang. Tahun depan aku akan dimiliki orang. Macam mana rasanya ye? Seronok ke?
Aku berharap dan berdoa agar dapat dipertemukan lagi Ramadhan pada tahun depan...insyaallah.
Di kesemp atan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.