Thursday, August 25, 2011

Ramadhan

Sekelip mata Ramadhan telah sampai ke penghujungnya. Bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan pengampunan daripada Allah Yang Maha Esa.

Aku sangat seronok dengan ketibaan Ramadhan dan memang sedih akan pemergiannya. Jangan ditanya kenapa. Aku sendiri tidak dapat memberi jawapannya. Yang pasti, aku memang menanti-nanti kedatangan Ramadhan setiap tahun. Bukan kerana aku nak menunjuk alim tetapi seiring peningkatan usia, aku lebih mengerti kehebatan bulan Ramadhan. Biarlah bulan mulia ini usianya setahun. Aku sanggup menghadapinya.

Hanya tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita. Entah sempat atau tidak untuk kita merasai Ramadhan akan datang. Aku rasa belum puas lagi.

Semoga Allah menerima segala amalan baik aku.

Selamat jalan ya Ramadhan…..

No comments: