Friday, May 8, 2009

Aku metal?.....

Assalamualaikum semua…

Begitu lama aku berhibenasi dari menulis di dalam blog ini. Musim sejuk skang ni membuat aku kering sikit idea nak menulis.

Cuma kali ni aku nak bercerita sikit pasal muzik yang aku minat……Heavy/Thrash Metal!

Aku mengenal muzik batu ni sejak aku Tingkatan 1. Band pertama aku dengar ialah Metallica….lagu Fire with Fire. Memang nak pekak telinga aku dengar lagu ni. Ini lah lagu pertama metal yang membuatkan aku jadi minat habis kat Metallica.

Sehingga ke hari ini, dulu aku memang mempunyai koleksi semua album band ni kecuali album Master of Puppets. Tapi banyak hilang…tinggal bekas kaset dengan CD je.

Aku beli jugak album dari band-band lain macam Megadeth, Slayer, Machine Head, dan Sepultura. Semua band ini adalah dari tahun 1980an (Machine bukan ye) di mana masa zaman tu, irama thrash metal pada kemuncaknya. Band-band ni jugak adalah pelopor dalam irama muzik keras hari ini.

Aku kurang minat dengan band-band era 90an kerana aku rasa macam dah tak ‘kick-ass’. Korang jangan cakap yang Linkin Park tu thrash…mereka membawa konsep ‘nu-metal’…sama macam Korn, Limp Bizkit (dah mapuh!), Slipknot dan macam-macam lagi la.

Sehingga kawan-kawan aku masa study dulu kutuk aku…metal konon…..hehehehe. Zaman tu la. Diaorang mana tau apa-apa.

Hari ini, aku masih melayan muzik thrash ni. Tapi paling aku layan Metallica la. Then, Megadeth.

I’m not promoting Metallica but they are the greatest. There are 4 bands that called “The Big Four of Thrash Metal Band”…the bands are Metallica, Megadeth, Slayer and Anthrax. But, I don’t like Slayer much as their music style is more to Satanism. Well…that’s my opinion. Each band is different. They are different in everything except their loud and fast music.

My wife can’t understand with my ‘selera’…heeheheh. She is more to sentimental and pop rock….hahahahahah…tidur aku!

Cuma skang ni aku mula berubah citarasa pada irama rock kapak tempatan....mcm Wings dan Search. They are good actually. Real good. I only found it out recently after listening to lots of Wings' and Search's songs. They are more 25 years experience in rock arena in Malaysia. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Mungkin peredaran masa dan usia menyebabkan aku mendengar lagu-lagu yang agak 'slow'.

Bak kata Mohd Wahidi.....Die! Die! Die!.......rock kental kunun!!!!